PROGRAM
PERMATA
Setiap Anak
Permata Negara
PENGENALAN:-
Kajian
menunjukkan yang perkembangan otak manusia berlaku paling cepat semasa awal
tahun pertama hingga tahun ke lima dalam kehidupan mereka. Atas dasar ini,
keistimewaan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA ialah, ia
merupakan satu program yang menekankan program pembelajaran yang holistik dan
berbeza dari corak pembelajaran sedia ada. Diadaptasi dari konsep ‘learning is
fun through play’ dari Pen Green Centre, Corby, England, anak-anak PERMATA
ditekankan untuk belajar melalui
eksperimentasi, eksplorasi dan pengalaman di
Pusat Anak PERMATA Negara. Kurikulum Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN)
disesuaikan mengikut acuan dan keperluan kanak-kanak di negara ini walaupun
konsep asalnya berpandukan amalan pusat asuhan di luar negara; dengan memberi
penekanan kepada modul pendidikan yang sesuai dengan perkembangan minda
kanak-kanak Malaysia. PERMATA mengamalkan konsep asuhan dan didikan yang
bersepadu merangkumi aspek pemakanan, kesihatan, penglibatan ibu bapa dan
komuniti Ini adalah bersesuaian untuk membentuk personaliti anak yang seimbang,
yakin diri,. bijak bergaul dan ini juga adalah penting untuk pembangunan modal
insan yang cemerlang, sekaligus mengelakkan anak-anak dari terjebak ke dalam
kancah gejala sosial apabila mereka dewasa.
Falsafah,
Fokus dan Rasional kami:-
Bagi kami, pendekatan
yang menekankan konsep setiap anak adalah individu yang berbeza.
Oleh itu,
kami berpegang pada falsafah bahawa:-
• Setiap anak
permata negara
• Setiap anak
amat berharga
• Setiap anak
adalah modal insan Negara.
• Pendidikan
awal kanak-kanak penting dalam perkembangan intelek, emosi
, kognitif
dan komunikasi mereka.
Oleh itu
melalui falsafah ini kami berusaha untuk mencapai objektif PERMATA bagi
menghasilkan modal insan Negara yang cemerlang, gemilang, terbilang dalam
menuju wawasan sebagai Negara maju di masa hadapan.Dalam usaha merealisasikan
objektif program PERMATA, kami memfokuskan pada kumpulan sasaran atau segmen
tertentu dimana kumpulan sasaran PERMATA ialah kanak-kanak berumur antara 1
hingga 4 tahun dengan
tumpuan di
kawasan bandar dan luar bandar.Ini dikira rasional berdasarkan bukti dari
kajian neurosains yang menunjukkan bahawa 3 tahun pertama adalah amat penting
dalam perkembangan otak kanak-kanak.Hubungan emosi dan sosial yang dibina
dengan mereka memainkan peranan penting ke arah pembentukan personaliti mereka
yang tenang, aman dan penyayang.Maka sekiranya rangsangan yang betul diberikan
dalam keadaan ceria dan gembira, otak akan berkembang segar.Oleh itu, kurikulum
PERMATA digubal berbeza dari kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang
ada di Negara ini.
KURIKULUM
PERMATA
Kurikulum
PERMATA berbeza kerana ianya member penekanan kepada pembangunan kanak-kanak
secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan
fizikal. Antara ciri-ciri penting dalam kurikulum
Teknik
pembelajaran PERMATA ialah dengan merangsang minda kanak-kanak dengan kaedah
meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan. Kaedah ini
mewujudkan persekitaran yang sesuai dan menyeronokkan bagi kanak-kanak melalui
teknik-teknik berikut:-
- Kasih
sayang dan belaian
- Interaksi
dan komunikasi
- Pemikiran
dan bacaan
- Memberi
kuasa kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas
- Mendorong
kebolehan dan potensi kanak-kanak
- Belajar
melalui bermain
- Menghayati
muzik dan seni, nyanyian dan pantun, tarian dan lakonan
Atas dasar
ini, teknik pembelajaran PERMATA digubal dengan mengambil kira aspek-aspek
seperti:-
- Pembinaan
Hubungan Emosi, Kasih Sayang, Rasa Selamat dan Yakin Diri
* Melalui
sentuhan dan belaian
* Melalui
berkawan dan sosial
- Belajar
Melalui Percubaan dan Penerokaan
- Membina
minat membaca dan berfikir sejak awal
- Merangsang
kemahiran matematik dan pemikiran secara logic
SEJARAH
PERMATA
Segalanya
bermula pada suatu hari, hampir tiga tahun yang lalu, apabila peningkatan kadar
jenayah dan masalah sosial menjadi semakin ketara di Negara ini. Datin Paduka
Seri Rosmah cuba memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah-masalah itu.
Pada
pandangan bekas pelajar jurusan sosiologi ini, semestinya masalah berkenaan
berakar daripada didikan semasa usia kanak-kanak.
Kerana begitu
‘terganggu’, beliau tidak boleh berhenti memikirkan bahawa ada sesuatu yang
tidak kena. Barangkali ada sesuatu yang hilang semasa dalam proses membesar.
Itulah yang
membawa kepada tercetus idea untuk pelaksanaan Program Asuhan dan Didikan Awal
Kanak-kanak PERMATA.
Sebagai
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar PERMATA Negara, apabila idea itu datang,
beliau tidak teragak-agak untuk melaksanakannya, satu kerana matlamatnya ialah
mahu melahirkan modal insan terbaik kepada negara dan satu lagi kerana tidak
mahu lagi ‘terganggu’ dengan laporan-laporan jenayah disiarkan hampir saban
hari.
Lantas, 25
individu profesional dalam pelbagai bidang, kepakaran dan latar belakang dicari
untuk sama-sama mengumpul, mencari idea selain membantu merealisasikan hasrat
murni berkenaan. Kumpulan profesional ini bukan calang-calang orang dan mereka
juga senada bahawa pembentukan insan akan menjadi lebih berkesan sekiranya
dimulakan lebih awal lagi
Kumpulan ini
terdiri daripada mereka yang mempunyai kepelbagaian kepakaran, latar belakang,
pendidikan dan pengalaman antaranya pakar kanak- kanak, ahli akademik, aktivis
wanita dan aktivis masyarakat memulakan usaha ini dengan mengadakan kajian dan
penyelidikan secara sukarela dan dapatannya lantas dijadikan input bagi
pembangunan konsep pendidikan sedemikian.
Dan bagi
menjayakan konsep pendidikan sedemikian, ia memerlukan satu pendekatan
bersepadu yang melibatkan pelbagai pihak seperti ibu bapa, masyarakat setempat,
pihak berkuasa tempatan dan ahli-ahli politik dapat dimanfaatkan bagi
menjadikan kanak-kanak setempat yang agak mundur kepada yang lebih berjaya dan
membanggakan.
Universiti
Perguruan Sultan Idris (UPSI) pula diberi tanggungjawab untuk menyediakan modul
pembelajaran dan teknik pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada
pendidik-pendidik di Pusat Anak PERMATA Negara.
HASIL
KAJIAN:-
Dapatan ke
atas hasil kajian penyelidikan yang dijalankan oleh NCDRC, UPSI adalah seperti
berikut:-
• Perkembangan emosi :
- 84%
kanak-kanak PERMATA mencapai perkembangan emosi yang baik berbanding 42%
kanak-kanak Bukan PERMATA. Program PERMATA didapati berjaya membentuk
personaliti kanak-kanak yang tenang dan terkawal, stabil, ceria, mesra,
penyayang dan berkeyakinan diri;
• Perkembangan bahasa dan Komunikasi :
- 80%
kanak-kanak PERMATA boleh menggunakan ayat penuh dan betul berbanding 51%
kanak-kanak Bukan PERMATA;
• Kemahiran berkomunikasi :
- 72%
kanak-kanak PERMATA boleh menggunakan bahasa ekspresi dan bercerita mengatasi
60% kanak-kanak Bukan PERMATA;
• Perkembangan sosial :
- 80%
kanak-kanak PERMATA bersifat mesra, mudah bergaul/berkawan, berkongsi mainan,
mengikut arahan dan menunggu giliran berbanding kanak-kanak Bukan PERMATA;
• Pengurusan Diri :
- 85%
kanak-kanak PERMATA lebih pandai mengurus diri sendiri berbanding 60%
kanak-kanak Bukan PERMATA;
• Perkembangan intelek :
- 85%
kanak-kanak PERMATA mencapai kemahiran pra-sains berbanding 50% kanak-kanak
Bukan PERMATA; dan
• Perkembangan rohani :
- kanak-kanak
PERMATA lebih berdisiplin dan suka bersalam berbanding kanak-kanak Bukan
PERMATA.
Sumber:http://www.permata.jpm.my/
No comments:
Post a Comment