Monday, 18 March 2013

KEWAJARAN USIA 4 TAHUN MELANGKAH KE ALAM PERSEKOLAHAN


KEWAJARAN USIA 4 TAHUN MELANGKAH KE ALAM PERSEKOLAHAN

PENDAHULUAN

Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa lebih separuh dari perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga empat tahun  manakala satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun.

Dapatan terbaru dari kajian yang dilakukan oleh pakar neurologi mendapati bahawa 80—85% perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak. Peringkat perkembangan yang paling pesat ialah di peringkat umur yang terawal dalam tempoh enam tahun
tersebut.
Teori Perkembangan Kognitif
Pelopor - Jean Piaget
Pendidikan awal kanak-kanak penting dan perlu diberikan perhatian kerana 90% daripada perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapai umur lima tahun.
Konsep dalam TeoriKognitif:
Skema 
Asimilasi
Akomodasi
Adaptasi
Tahap-tahap perkembangan
Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)
Tahap Pra-operasi ( 2 hingga 7 tahun)
Tahap Operasi konkrit (7 – 11 tahun)
Tahap operasi formal (12 tahun ke atas)
Tahap Praoperasi (2 – 7 tahun)
Penggunaan bahasa – menjadikan simbol @ objek di persekitaran di dalam permainan.
Perkembangan fizikal
Boleh berlari dengan hujung kaki, melompat dengat satu kaki, baling bola, lukis secara kasar untuk menggambarkan objek, memakai sendiri pakaian, mula guna gunting. Amat aktif dan lebih agresif sewaktu bermain.
Perkembangan Sosio-emosi
Tahap imaginatif amat akif, mengadakan kawan bayangan dan gemar berlakon sebagai orang dewasa.
Perkembangan Kepintaran
- Bertanya banyak soalan tentang macammana dan kenapa, banyak bercakap, mula boleh faham konsep asas seperti nombor, saiz, warna, jarak, masa. Kemahiran berfikir semakin berkembang baik.

KAJIAN LEPAS

Kajiandi California iaituPreschool for all (2005):
*Dapatan – sekolah lebih awal-pencapaian yang baik di sekolah (pra bacaan dan awal matematik)
- tidak didedahkan dengan persekitaran persekolahan agak lambat untuk meningkatkan beberapa kemahiran.
- masalah perlakuan apabila memasuki persekolahan (nangis, takut, menyendiri)
Kajian Sue Dockett and Bob Perry (2002) mendapati- kanak-kanak bersedia ke sekolah lebih awal tetapi tidak bersedia untuk belajar lebih awal.
-Sebanyak 60% bersetuju bahawa memasuki sekolah pada umur 5 tahun ke bawah akan mendatangkan kejayaan kepada kanak-kanak tersebut di sekolah.

KURIKULUM 4 TAHUN

Matlamat:
-mengembangkan kemahiran motor kasar, motor halus, bahasa, sosioemosi, kreativiti, daya pemikiran dan penyelesaian masalah, muzik, alam sekitar (haiwan, cuaca, laut, dunia, ekosistem), kebersihan diri, penghormatan dan penjagaan diri, keselamatan, konsep waktu dalam bahasa harian, wang, tanggungjawab, nutrisi, pekerjaan dan kesukanan.secara tidak formal dan menyeronokkan - kerana kanak-kanak berusia empat tahun masih belum sesuai diberi pengajaran secara formal .
Objektif:
- dilihat dari beberapa aspek dan 3 aspek  besar iaitu :   
 -rohani
-intelektual
- sosial
Pembinaan Kurikulum 4 Tahun
bersesuaian dengan kehendak tabii, perangai, keinginan, kemampuan dan perkembangan kanak-kanak.
Hilda L. Jackman “Early Education Curriculum” - kanak-kanak yang berumur 4 tahun cukup aktif sentiasa ghairah untuk mengetahui sesuatu dan mempunyai tenaga yang tinggi.
- seronok untuk belajar benda baru dan suka diberi perhatian daripada yang lebih dewasa.  Kanak-kanak yang berumur 4 tahun lebih suka bermain, jadi kurikulum yang dibentuk hendaklah banyak kepada“Belajar sambil bermain” iaitu tidak terlalu bersifat akademik. Perkara penting untuk di pertimbangkan dalam membentuk sebuah kurikulum 4 tahun :
Perkembangan Bahasa
Perkembangan Amalan Harian
Perkembangan Kerohanian
Perkembangan Sosio Emosi
Perkembangan Fizikal
Perkembangan Kognitif
Perkembangan Estetika dan daya kreatif
Bila sepatutnya mula ke sekolah?
‘Kanak-kanak belajar akademik sejak mereka lahir lagi. Toddler belajar akademik melalui bermain, perhubungan dan pembelajaran yang tidak formal’- (Hyson, 2003).
Prasekolah KPM- berumur 5 dan 6 tahun
Tadika swasta di Malaysia mengambil kanak-kanak untuk belajar akademik seawal umur 3 tahun.
PERMATA- berumur 1-4 tahun.

PROGRAM PERMATA

perkembangan otak manusia berlaku paling cepat semasa awal tahun pertama hingga lima – maka atas dasar ini, program PERMATA ditubuhkan .
Diadaptasi dari konsep ‘learning is fun through play’ dari Pen Green Centre, Corby, England.
disesuaikan mengikut acuan dan keperluan kanak-kanak di negara ini.
Kurikulum PERMATA berbeza kerana ianya memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik.
merangsang minda kanak-kanak dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan.
Kurikulum PERMATA - bersesuaian dengan usia kanak-kanak 4 tahun bersifat main dan meningkatkan sosial dan literasi.

PROGRAM TUNAS PERMATA (UKM)

Objektif Tunas Permataialah ;
Memaksimakan perkembangan kanak-kanak melalui pendekatan yang meneyeluruh dan bersepadu
Mewujudkan prasarana yang kondusif dan dinamik terhadap perkembangan professional para pendidik
Mewujud dan mengaktifkan penglibatan ibubapa dalam perkembangan kanak-kanak ;
Memacu penyelidikan yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak dan
Mewujudkan dan menyuburkan perkongsian pintar dengan komuniti dipersekitarannya.

AKTIVITI TUNAS PERMATA

Antara aktiviti utama termasuklah :
1. Aktiviti eksplorasi
2. Aktiviti kinestetik
3. Aktiviti musikal
4. Aktiviti artis kecil
5. Aktiviti komunikasi dan bahasa
6. Aktiviti main peranan
7. Aktiviti kerohanian dan nilai murni

PROGRAM TUNAS PERMATAUKM

Program yang dijalankan di Tunas Permata turut memberi penekanan kepada pembelajaran berasaskan persekitaran dan luar bilik darjah menggunakan kaedah eksplorasi, eksperimentasi dan pembelajaran melalui bermain.
menyediakan program inklusif untuk kanak-kanak pra-sekolah.
PENGLIBATANIBUBAPA
Ibubapa diwajibkan melibatkan diri sekurang-kurangnya 4 jam sebulandi Tunas Permata
Ibubapa juga diwajibkan untuk menghadiri perjumpaan dan mesyuarat atau kursus pendidikan ke ibubapa andi Tunas Permata
Ibubapa perlu bersikap terbuka terhadap pendidik Tunas Permata dan menggangap mereka sebagai rakan
Ibubapa diminta memberi kerjasama dengan pendidik Tunas Permata
PRASEKOLAH SWASTA
Kindergarten @ tadika adalah program tidak formal yang diperkenalkan untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 5 tahun.
dijalankan dalam durasi masa setahun hingga 2 tahun mengikut keperluan ibubapa kanak-kanak.
Kanak-kanak dari latar belakang keluarga berpendapatan tinggi @ sederhana.
KURIKULUM PRASEKOLAH SWASTA
kurikulum yang digunakan mendapat panduan penuh daripada KPM
kurikulum seiring dengan National Private Education (NPE) di Malaysia yang membolehkan kanak-kanak ini untuk mempelajari komunikasi asas, sosial dan kebolehan yang lain

KESIMPULAN

WAJAR ? @ TIDAKWAJAR
Masa kritikal bagi  kanak-kanak membangun dan berkembang secara pesat meliputi aspek perkembangan fizikal, intelek, emosi, rohani dan social adalah berumur 4 hingga 6 tahun.
Ini disokong berdasarkan teori-teori yang telah dikemukakan disamping melihat pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak.
Penekanan terhadap konsep-konsep penting  yang telah diutarakan oleh Piaget iaitu konsep Skema, Asimilasi, AkomodasidanAdaptasi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...