Wednesday, 27 February 2013

PENGENALAN KURSUS MINGGU KEDUA



KURSUS PERANCANGAN PROGRAM & STRATEGI PENGAJARAN
(PPEK 3104)

Kursus ini merupakan salah satu kursus yang wajib diambil oleh pelajar pendidikan awal kanak-kanak Universiti Malaya. Kursus ini menyentuh bagaimana seorang pendidik awal kanak-kanak perlu mempunyai kemahiran dalam mendidik kanak-kanak di usia 0 hingga 5 tahun menurut beberapa orang tokoh seperti Glenn Doman. Kursus ini pada mulanya akan menerangkan konsep program atau pendekatan pengajaran
dan pembelajaran untuk mendidik anak-anak di usia awal 0 hingga 5 tahun.
Perancangan aktiviti untuk mendidik bayi dan kanak-kanak yang baru belajar bertatih akan diterangkan melalui kursus PPEK 3104 ini. Aktiviti-aktiviti yang dirancang perlu mengikut panduan yang betul kerana tahap perkembangan setiap bayi dan kanak-kanak tidak sama. Kursus ini juga akan menyentuh tentang bagaimana seorang pendidik menyusun ruang fizikal yang bersesuaian bagi penetapan pendidikan awal kanak-kanak dan juga bayi. Selain itu, Kursus ini akan menerangkan bagaimana untuk merancang aktiviti perkembangan yang bersesuaian atau satu kaedah digunakan termasuk penyusunan jadual, dengan erti kata lain sinopsis untuk kanak-kanak 3 keatas hingga 5 tahun. OLEH yang demikian Baby Future mengharapkan bahawa kursus ini wajib diambil oleh semua pendidik awal kanak-kanak di Seluruh MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...